Khalid Sheikh Mohammed
Khalid Sheikh Mohammed

Khalid Sheikh Mohammed

Khalid Sheikh Mohammed (Bahasa Arab: خالد شيخ محمد‎; juga dieja Khalid Shaikh Mohammed, dan juga dikenali dengan lebih 50 nama samaran)[5][6][7](lahir 1 Mac 1964, atau 6 Jun 1965) ialah seorang militan kelahiran Kuwait yang ditahan di Teluk Guantánamo atas tuduhan pengganasan, termasuk pembunuhan beramai-ramai orang awam. Beliau didakwa pada 11 Februari 2008 atas jenayah perang dan pembunuhan oleh suruhanjaya ketenteraan AS dan berdepan dengan hukuman mati jika sabit kesalahan.[8]Khalid Sheikh Mohammed ialah seorang ahli pertubuhan pengganas al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden, tetapi beliau tinggal di Kuwait dan bukan Afghanistan, untuk mengetuai operasi propaganda al-Qaeda sejak sekitar tahun 1999. Laporan Suruhanjaya 9/11 mendakwa bahawa beliau alah "dalang utama serangan 9/11." Beliau juga didakwa mengakui peranannya dalam antara komplot-komlot pengganas yang paling besar pada sejak 1990-an, termasuk pengeboman World Trade Center 1993, rancangan Operasi Bojinka, serangan yang dibatalkan pada tahun 2002 terhadap U.S. Bank Tower di Los Angeles, pengeboman kelab malam Bali, pengeboman Penerbangan 63 American Airlines yang gagal, Millennium Plot, dan pembunuhan Daniel Pearl.Khalid Sheikh Mohammed ditangkap oleh ISI Pakistan di Rawalpindi, Pakistan pada 1 Mac 2003, mungkin dalam tindakan bersama ejen-ejen Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Amerika, lalu ditahan oleh A.S. sejak itu. Pada September 2006, kerajaan A.S. mengumumkan pemindahan Mohammed dari sebuah penjara rahsia ke kemudahan kem tahanan Teluk Guantanamo.[9] Persatuan Palang Merah, Human Rights Watch dan Mohammed mendakwa bahawa layanan zalim dan seksa air yang diterimanya daripada pihak berkuasa A.S. sama dengan penyeksaan.[10][11]Pada Mac 2007, setelah empat tahun dikurung, termasuk enam bulan ditahan dan kononnya diseksa di Teluk Guantanamo, Khalid Sheikh Mohammed — seperti yang didakwa oleh Pembicaraan Combatant Status Review Tribunal[12] di Teluk Guantanamo — mengaku mendalangi serangan 11 September 2001, cubaan meletup sebuah kapal terbang penumpang di atas Lautan Atlantik oleh Richard Reid, pengeboman kelab malam di Bali, Indonesia, pengeboman World Trade Center dan bermacam-macam lagi serangan yang dipatahkan.[13]Pada 8 Disember 2008, Mohammed dan empat orang defendan bersama menghantar surat pengakuan bersalah kepada hakim ketenteraan.[14]Pada tahun 2011, akhbar British The Telegraph berkata, ia menerima dokumen yang terbongkar tentang soal siasat Khalid Sheikh Mohammed di Teluk Guantanamo. Dokumen-dokumen itu memetik Khalid sebagai berkata, jika Osama Bin Laden di ditangkap atau dibunuh oleh campuran sukarelawan, sebuah sarang rahsia Al-Qaeda akan meletupkan "senjata kemusnahan besar-besaran" di sebuah "tempar rahsia" di Europe, disamping menjanjikan "malapetaka ribut nuklear".[15][16][17][18][19][20]

Rujukan

WikiPedia: Khalid Sheikh Mohammed http://www.news.com.au/breaking-news/nuclear-hells... http://www.cnn.com/2007/US/03/14/guantanamo.mohamm... http://news.findlaw.com/nytimes/docs/terrorism/usk... http://www.foxnews.com/projects/pdf/042809_redcros... http://www.newsmax.com/Newsfront/WikiLeaks-Guantan... http://newstabulous.com/al-qaeda-hid-bomb-in-europ... http://www.nuclearheadlines.com/wikileaks-reveals-... http://projects.nytimes.com/guantanamo/detainees/1... http://www.nytimes.com/2008/12/09/us/09gitmo.html http://www.reuters.com/article/latestCrisis/idUSN0...